Tatkala rakyat China terkurung akibat sekatan Covid-19 yang ketat, jutawan Jack Ma rupa-rupanya sedang bersembunyi Tokyo bersama keluarganya.
Jack Ma, pengasas gergasi e-dagang Alibaba sudah lama menghilang dari khalayak ramai sejak tindakan keras Beijing terhadap firma teknologinya.
Namun, jejaknya mula dikesan di Jepun yang melihatkan beliau sekeluarga sudah hampir enam bulan berada di negara itu, selain kerap melakukan lawatan ke Amerika Syarikat.
Di Tokyo, Jack Ma didapati aktif dengan penglibatan dalam beberapa kelab ahli persendirian di Ginza dan Muronouchi.
Dikenali sebagai figura tersohor dan pemimpin teknologi terkaya di China, Jack Ma ‘hilang dari radar’ dalam beberapa tahun kebelakangan ini selepas kritikannya terhadap peraturan kerajaan menyebabkan beliau menghadapi masalah dengan Beijing.
Tindakan tersebut telah memakan dirinya apabila ia turut menjejaskan tawaran awam permulaan syarikat kewangan gergasi Ant Group Co.
Ia kemudiannya disusuli dengan tindakan keras yang meluas terhadap sektor swasta di China, yang bertujuan untuk mengekang kuasa monopoli firma internet.
Sejak pertikaiannya dengan pihak berkuasa China, Jack Ma telah dikesan di pelbagai negara termasuk Sepanyol dan Belanda.