Habislah Alibaba! China Dah Keluarkan Peraturan Baru

17,223

Pengawal selia pasaran China mengeluarkan garis panduan anti-monopoli baru pada hari Ahad yang menyasarkan platform internet dengan mengetatkan lagi sekatan sedia ada, yang dihadapi oleh syarikat gergasi teknologi negara itu.

Peraturan baru ini memformalkan rancangan undang-undang anti-monopoli sebelumnya yang dikeluarkan pada bulan November dan menjelaskan amalan monopoli yang dirancang oleh pengawal selia.

Garis panduan tersebut dijangka akan memberi tekanan baru pada perkhidmatan internet terkemuka di negara itu, termasuk laman web e-dagang seperti Taobao dan Tmall milik Alibaba Group atau JD.com.

Ia juga akan memberi kesan pada perkhidmatan pembayaran seperti Alipay dari Ant Group atau Wechat Pay oleh Tencent Holding.

Peraturan tersebut, yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Negara untuk Peraturan Pasaran (SAMR) di laman webnya, melarang sebarang tingkah laku monopoli dalam platform e-dagang dan melindungi persaingan yang adil dalam pasaran.

Selain itu, ia juga akan menghentikan syarikat dari melaksanakan penetapan harga, menyekat teknologi dan menggunakan data dan algoritma untuk memanipulasi pasaran.

Dalam Q&A yang menyertakan notis itu, SAMR turut mengatakan laporan mengenai tingkah laku anti-monopoli yang berkaitan dengan internet telah meningkat, dan ia menghadapi cabaran untuk mengatur industri ini.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini China telah mula memperketatkan pengawasan terhadap gergasi teknologinya.

Pada bulan Disember, pengawal selia melancarkan siasatan anti-monopoli terhadap Alibaba Group menyusuli penangguhan penyenaraian saham terbitan awam (IPO) di Bursa Shanghai sehingga menyebabkan kerugian sehingga $3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat