Perubahan arah harga dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD menuju penghujung minggu ini dengan menyaksikan Euro paparkan prestasi lebih cemerlang ke atas US dolar yang sedang ‘bertenang’.
Penganalisis melihat faktor profit-taking terhadap US dolar berlaku selepas trend pengukuhan yang dipaparkan sejak minggu lalu susulan isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar faedah sehingga ke paras 4.6% pada 2023.
Namun, penganalisis tidak menolak jangkaan bagi situasi perubahan trend semula ekoran potensi untuk US dolar kembali mengukuh berkemungkinan bersambung pada dagangan di bulan yang baru.
Mata wang Euro pula mendapat sokongan petunjuk oleh bank pusat Eropah (ECB) untuk kenaikan kadar beberapa kali mesyuarat lagi selepas ini dan jangkaan kenaikan sebanyak 75 mata asas menjadi pilihan pada mesyuarat Oktober nanti.
Namun, pelabur perlu waspada terhadap potensi untuk Euro kembali melemah dalam pasaran selepas pengumuman pakej rangsangan ekonomi di Jerman yang bernilai €200 bilion.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-junam-emas-melompat
Pada carta EUR/USD, harga yang telah melonjak dari zon support 0.95500 pada Rabu lalu menyambung kenaikan lebih tinggi pada Khamis semalam dengan kenaikan telah mencecah 300 pips.
Pada sesi Asia semalam, terdapa penurunan harga, namun gagal melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut menjadi isyarat untuk pergerakan bullish buat harga.
Kenaikan kemudiannya diteruskan sehingga ke penghujung sesi New York sehingga mencapai paras ketinggian 0.98000.
Pergerakan harga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) perlahan di sekitar tersebut dengan jangkaan kenaikan berpotensi untuk diteruskan lagi berdasarkan corak pergerakan harga pada sesi-sesi sebelumnya.
Jika kenaikan diteruskan, harga dilihat akan menguji pula paras 0.98800 sebelum melanjutkan kenaikan ke zon pariti 1.0000 yang sebelum ini menjadi tumpuan penting harga.
Namun jika corak bullish gagal dikekalkan, kejatuhan harga yang boleh berlaku semula bakal singgah ke sekitar 0.97000.
Penurunan lanjut harga bakal diteruskan menuju ke zon support 0.95500 yang menjadi zon terendah dicecah harga dalam tempoh 20 tahun.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG