Siapa sangka, mata wang digital bank pusat (CBDC) yuan digital (e-CNY) kini sudah hampir dilancarkan?
Untuk pengetahuan, China telah mara dengan pelancaran pengujian terhadap aplikasi wallet yuan digital yang boleh didapati di platform App Store bagi pengguna iOS dan Google Play untuk pengguna Android.
Pengujian tersebut merangkumi aspek pengaktifan dan pengurusan wallet, termasuk pemprosesan transaksi.
Bagaimanapun pengujian tersebut hanya dibuka untuk individu terpilih oleh penyedia perkhidmatan e-CNY yang sah.
Sebelum ini, presiden Bank of China, Gabenor Yi Gang menjelaskan pihak mereka akan terus membangunkan e-CNY, serta menambah baik reka bentuk dan penggunaannya.
Mereka juga mahu meningkatkan fungsi saling kendali dengan sistem pembayaran semasa.
Penggunaan e-CNY diramalkan bermula ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Tetapi senator Amerika Syarikat (AS) awal-awal lagi sudah melarang atlet mereka untuk tidak menggunakan aset digital negara itu.