Pencipta Uniswap Hayden Adams meluahkan keterujaannya apabila pertukaran kripto tidak berpusatnya (DEX) berjaya mencatas kedudukan Coinbase menjadi platform kedua terbesar di dunia untuk perdagangan Ethereum (ETH).
Hal ini berlaku rentetan keruntuhan FTX yang mengerikan telah mendorong para pelabur untuk bergegas beralih ke platform lebih selamat.
Berbeza dengan platform berpusat, DEX membenarkan penggunanya berdagang tanpa halangan dengan ciri desentralisasi dan tahap perlindungan yang tinggi terhadap pembekuan pengeluaran atau gangguan rangkaian.
Secara konteks, Uniswap berjaya merekodkan nilai $1 bilion dalam dagangan ETH dan ini merupakan kejayaan besar buat exchanger kripto tersebut ekoran lonjakan dua kali ganda daripada volum dagangan Coinbase.
Pada masa ini, Coinbase dilaporkan menyumbang sebanyak $0.5 bilion dalam dagangan ETH manakala Uniswap pula $0.9 bilion dalam 24 jam terakhir.
Sementara platform exchanger terbesar kripto Binance pula selesa mendahului dengan menyumbang lebih $1.7 bilion.
Bukan sahaja dagangan ETH melakukan lonjakan sejak krisis FTX, malah semua perdagangan kripto di DEX memperoleh $31 bilion pada minggu lepas dengan volum dagangan bernilai $20.3 bilion.
Peningkatan tersebut dikatakan berlaku apabila banyak bursa mencatatkan keuntungan dua kali ganda dalam volum dagangan, termasuk Curve daripada $700 juta kepada $1.3 bilion. Uniswap pula berdagang lebih daripada tiga kali ganda sepanjang tempoh tersebut.