Senator Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Warren percaya sudah tiba masanya untuk negara itu perkenalkan mata wang digital bank pusat (CBDC) atau dolar digital.
Jelasnya dalam Meet the Press Reports pada minggu lepas, kebanyakan bank silap jika mereka beranggapan ia sekadar perlu ditambah baik dalam dunia digital kerana penambahbaikan itu tidak mustahil.
“Tetapi, lebih baik perkenalkan CBDC. Saya rasa sudah masanya untuk kita beralih ke era tersebut.”
Adakah ini bermakna Warren tidak bimbangkan stigma negatif segelintir manusia yang beranggapan aset digital adalah bubble?
Menurut figura itu: “Ramai memberi jaminan yang ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa, sama seperti yang telah berlaku dalam pasaran hartanah.
Agaknya, berapa kali mereka menyatakan ‘Hartanah sentiasa akan naik, ia tidak pernah turun’? Mereka sudah katakannya sejak era 2000-an sebelum berakhir pada 2008.”
Tidak cukup dengan itu, Warren memberitahu Bitcoin (BTC) akan dikawal selia sama seperti komoditi lain tetapi tidak menjelaskan secara terperinci sejauh mana bentuk peraturan yang mungkin akan dilaksanakan.
Untuk pengetahuan, Warren merupakan individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan sekatan terhadap syarikat mata wang kripto daripada menjalankan perniagaan bersama firma-firma yang disenaraihitam.
Difahamkan presiden AS, Joe Biden mempunyai hak untuk menambah masuk syarikat kripto antarabangsa dalam senarai tersebut jika mereka didapati menyokong pengelakkan sekatan.
Jika kerajaan menyahut seruan Warren, adakah ini bermakna dunia akan menyaksikan perlumbaan dolar digital dengan yuan digital dalam merampas dominasi mata wang dunia?