‘Percaya atau tidak tekanan inflasi negara jiran berkait rapat dengan negara kita juga.’
Inflasi teras Singapura memacak pada kadar tertinggi 14 tahun, seterusnya menerangkan tindakan pengetatan dasar mentari Bank Pusat Singapura bulan ini.
Menurut bacaan data yang diterbitkan oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, teras inflasi bagi bulan Jun meningkat 4.4% berbanding bulan lepas pada 3.60%.
Ulas mengenai lonjakan tersebut, ia merupakan peningkatan tertinggi sejak 2008 dan melepasi anggaran median tinjauan Bloomberg untuk keuntungan dalam harga pada 4.1%.
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura turut mengesahkan bahawa rentetan daripada lonjakan tersebut, pengetatan dasar monetari buat kali ke-3 tahun ini merupakan satu keperluan dalam mengawal tekanan yang mencanak.
Dalam pada itu, kemas kini unjuran inflasi Singapura memperlihatkan ukuran teras dinaikkan antara 3%-4% berbanding 2.5%-3.5% sebelum ini.
Selain itu, bacaan indeks harga pengguna (CPI) Singapura juga mencanak 6.7% berbanding 5.6% sebelum ini sementara unjuran median Bloomberg pada 6.2%.
Rentetan itu, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura meramalkan lonjakan antara 5%-6% tahun ini berbanding unjuran 4.5%-5.5%.
Di seberang tambak, catatan inflasi Malaysia juga meningkat 3.4% pada Jun berbanding 2.8% pada bulan sebelumnya.
Umumnya, sekatan import dari Malaysia secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada Singapura di mana negara kita merupakan pembekal terbesar ke sana.