Pada minggu lalu, mata wang kripto Solana (SOL) menyaksikan pendakian 10% sejurus selepas berjaya memeterai perjanjian bersama syarikat gergasi teknologi Google Cloud dalam membina teknologi baharu bagi membenarkan aplikasi berskala dan mesra pengguna.
Difahamkan bahawa kerjasama tersebut akan membenarkan Blockchain Node Engine ke rantaian pada tahun hadapan agar para pelabur dapat melangsungkan nod blockchain dalam cloud secara mudah.
Hal ini berikutan kerana Google Cloud telah melancarkan enjin tersebut pada minggu lalu bagi menyokong pembangun Web3.0 membina serta memanfaatkan produk baharu pada platform berasaskan blockchain.
Malah, Google Cloud menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan blok melalui pengesah SOL yang berfungsi sebagai pengesahan rangkaian.
Oleh demikian, syarikat tersebut mengupah lebih banyak pekerja yang berpengalaman dalam web 3.0 serta protokol kewangan terdesentralisasi (DeFi) agar dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pakar teknologi SOL.
Sementara itu, Google Cloud berada dalam proses mengindeks data SOL dan bakal membawanya ke BigQuery tahun depan bagi memudahkan ekosistem pembangun aset digital tersebut mengakses data sejarah.
Secara rekod, rangkaian blockcahin telah dilancarkan secara rasmi pada Mac 2020 yang membekalkan penyediaan dalam DeFi.
Pada sisi berbeza, Google Cloud turut bekerjasama dengan Coinbase bagi mewujudkan pembayaran kripto pada awal tahun 2023 untuk penggunanya.
Setakat penulisan ini, SOL kini mengalami penyusutan sedikit yang berlegar-legar pada zon harga $32.18 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $13.81 bilion.