Securities and Exchange Commission (SEC) masih enggan mengalah mendakwa Ripple apabila dikhabarkan telah membuat permohonan kepada pihak mahkamah untuk melanjutkan tempoh perbicaraan kes ini.
Difahamkan SEC mahu mengambil peluang (jika diberi) untuk menerangkan kepada pihak mahkamah berkaitan rancangannya menyiasat sebarang penemuan tambahan.
Pun begitu, tidak jelas selama mana SEC perlukan masa tersebut.
Disebabkan itu, pihak Ripple yang diwakili oleh CEO Brad Garlinghouse dan pengasas bersama, Chris Larsen menggesa hakim Sarah Netburn untuk tidak meluluskan permintaan SEC kerana sudah telalu lama mahkamah tangguhkan kes tersebut.
Malah, tiada apa-apa lagi yang perlu dijadikan alasan untuk melambatkan Ripple beralih kepada fasa penentuan.
Terdahulu, Garlinghouse meluahkan keyakinannya terhadap kemenangan Ripple.
Barangkali sudah dapat dijangka kekalahannya, SEC sedaya upaya untuk mencari peluang membidas bukti-bukti daripada pihak Ripple.
Tetapi, sejauh manakah SEC mampu menyangkal kekalahannya jika pegawainya, Hester Pierce juga sebenarnya yakin Ripple akan menang?