SEC Tidak Senang Duduk, Sudah Tahu Akan Kalah Menentang Ripple!

6,015

Securities and Exchange Commission (SEC) sudah tidak keruan kerana penamat saman yang dikemukakan pada Disember 2020 dijangka akan berakhir dengan Ripple sebagai pemenang.

Pada ketika itu, SEC telah menuduh Ripple menjual XRP sebagai aset sekuriti tidak berdaftar.

Ekoran daripada itu, timbul kekecohan dalam pasaran kripto menyebabkan pelabur tidak yakin dengan arah tuju kes tersebut dan akhirnya, berlaku penyusutan harga XRP.

Tetapi kini, segalanya berubah apabila CEO Ripple, Brad Garlinghouse menjelaskan keadaan sebenar:

“Pernah berlaku satu pertemuan antara saya dengan bekas pengerusi SEC, Jay Clayton dan adakan perbincangan bersama pegawai-pegawainya. Tiada seorang pun mendakwa XRP itu adalah sekuriti. Sebaliknya apabila mereka membuka balik dokumen-dokumen sedia ada, tiba-tiba sahaja mereka mendakwa XRP sebagai aset sekuriti. Satu dakwaan tidak berasas.”

Demi mengukuhkan dakwaan Garlinghouse, salah seorang pegawai tinggi SEC – Hester Pierce; juga popular dengan nama panggilan ‘Crypto Mom’ yakin bahawa agensinya tidak akan menang menentang Ripple.

Sebagai rekod, Pierce pernah membidas kenyataan daripada pengerusi SEC, Gary Gensler pada Oktober 2021 dengan membuat perbandingan antara kripto dengan Wild West:

“Ketika itu, mereka sukakan cabaran, bertindak kasar, idealis dan berfikiran bebas. Tetapi kripto dibangunkan berasaskan kod dan kod itulah yang menjadi tunjang kepada perlaksanaan urus tadbir. Kripto juga dibangunkan untuk kegunaan manusia dan tanggungjawabnya pula bergantung kepada mereka untuk menggunakan protokol tersebut atau pun tidak.”

Wild West merujuk kepada era sebelum Amerika Syarikat (AS) memiliki pemerintahan kerajaan yang stabil.

Menyentuh kepada penamatan kes ini, Garlinghouse tidak teragak-agak memberitahu akan ada keputusan daripada mahkamah pada tahun ini.

Setelah dua tahun dibicarakan, Ripple menjangkakan kes akan selesai dalam tempoh 26 Ogos hingga 18 November.

Pun begitu, boleh jadi juga kes ini akan tamat lebih awal dari jangkaan.

XRP pada hari ini, mencatatkan sedikit peningkatan, 0.24% dalam 24 jam dan didagangkan pada $0.73 seunit.

Aset ini perlukan lonjakan lebih 168% untuk menebus kembali nilai tertinggi sepanjang masa (ATH), $1.96 yang direkodkan pada 14 April 2021.

Bagi mereka yang mahu merujuk semula sejarah kes ini, boleh tekan sini.

Dah lama tak follow-up kes SEC-Ripple, harap ada penghujungnya pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat