XRP, Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) & Stellar Lumen (XLM) Catat Harga Tertinggi Baharu!

2,574

XRP pada hari ini sekali lagi mencatatkan harga tertinggi terbaharu sejak 2018, melonjak lebih 22% kepada $1.95 pada tengahari tadi.

Pada masa yang sama, Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) juga mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) ketika sektor ini mendapat perhatian menghampiri penyenaraian Coinbase di Nasdaq.

Bitcoin berjaya cecah $64,758 dan Ethereum pula merekod nilai pada $2,397.

Bagi yang mengikuti isu semasa Ripple pasti tahu harga XRP sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kemenangan bersiri Ripple dalam perbicaraan saman oleh Securities Exchange Commission (SEC), termasuk desas-desus mendakwa token itu akan disenaraikan semula di kebanyakan platform pertukaran kripto.

Selain itu, data daripada VORTECS ™ Score bagi XRP sekali lagi mencapai paras 68 pada 9 April sekitar empat jam sebelum harga melonjak 83% tiga hari berikutnya dengan ketinggian ke paras 87 dalam 6 jam sebelum lonjakan pada 13 April.

VORTECS ™ Score adalah perbandingan algoritma terhadap keadaan pasaran terdahulu dan semasa hasil daripada gabungan data termasuk sentimen pasaran, jumlah dagangan, pergerakan harga terbaru dan aktiviti Twitter.

Tidak hanya BTC, ETH dan XRP, Stellar Lumen (XLM) juga menyaksikan peningkatan harga sehingga 18% daripada $0.576 kepada ketinggian intraday, $0.67.

Berdasarkan data daripada pertukaran kripto Korea Selatan menunjukkan pelabur sudah mula beralih kepada XRP dan XLM, menunjukkan pelabur runcit sudah kembali menyertai pasaran kripto.

Ketika penulisan, dalam 24 jam empat token ini mencatatkan harga:

  • BTC: $64,146.97 (+4.62%)
  • ETH: $2,355.55 (+8.57%)
  • XRP: $1.82 (+11.25%)
  • XLM: $0.6455 (+2.11%)
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat