Walaupun jangkaan keputusan mesyuarat FOMC menepati ramalan pasaran, namun jangkaan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD adalah sebaliknya.
Ini adalah disebabkan penyusutan US dolar selepas reaksi pelabur terhadap kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell susulan keputusan kenaikan kadar faedah 50 mata asas tersebut.
Powell memberi isyarat kenaikan kadar faedah 75 mata asas sukar untuk dilaksanakan oleh bank pusat dan hal ini sedikit merencatkan jangkaan rancangan untuk kenaikan kadar berterusan oleh Fed.
Walau bagaimanapun, penganalisis pasaran melihat situasi ini adalah sekadar reaksi awal pelabur untuk mengambil keuntungan posisi terdahulu dan kekal menjangkakan pengukuhan US dolar bagi tempoh masa yang lebih panjang.
Pada carta EUR/USD, harga sejak minggu lalu dilihat bergerak di atas paras sokongan 1.0500 sehingga bersambung pada dagangan awal minggu ini.
Namun harga telah mula menunjukkan peningkatan dari support tersebut susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Pelabur melihat isyarat awal untuk perubahan trend bullish selepas pergerakan harga yang turut disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.
Kenaikan harga juga telah melepasi rintangan pada 1.0600 dan boleh dijangkakan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju pula paras sekitar 1.0800.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dilihat akan menguji zon rintangan sebelum ini pada sekitar 1.09300.
Namun sekiranya US dolar kembali paparkan pengukuhannya semula, penurunan bakal berlaku dan harga akan menguji semula paras sokongan pada 1.0500.
Jika penurunan melepasi support tersebut, harga akan mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru 6 tahun dengan jangkaan untuk menguji zon support pada dagangan Disember 2016 lalu sekitar 1.0400.
Pelabur seterusnya akan memberi tumpuan terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada
penghujung minggu ini yang akan turut mempengaruhi mata wang US dolar.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG