Syarikat penerbitan kewangan, Curzio Research berjaya mendapatkan tanah di metaverse, TCG World bernilai sekitar $5 juta (RM21.96 juta)
Difahamkan pembelian tersebut mencipta rekod termahal dalam sejarah metaverse selepas pemilikan tanah maya bernilai $4.3 juta di The Sandbox pada awal Disember 2021.
Curzio Research telah membeli sebanyak 19 tapak komersial di TCG World, merangkumi 12 tapak bersaiz 128m x 128m; dan 7 tapak bersaiz 256m x 256m.
Pembelian terbesar ini dilakukan secara tunai bersama-sama penyerahan token perlindungan Curzio Research kepada TCG World.
Sebagai rekod, token tersebut mewakili pemilikan saham syarikat TCG World.
Menariknya, Curzio Research tertarik untuk ‘bertapak’ di bahagian Asia metaverse TCG World di mana mereka berpeluang untuk membina ibu pejabat berdekatan dengan WallStreetBets.
Tercapailah juga Curzio Research untuk beramah-mesra dengan pelabur-pelabur lain di metaverse, termasuk menghadiri program siaran langsung, mendengar podcast eksklusif – Wall Street Unplugged, menghadiri seminar pendidikan, dan mewujudkan komuniti pelaburan.