Binance yang merupakan bursa kripto terbesar di dunia menyatakan bahawa pihak mereka ingin menghadkan aktiviti perdagangan pengguna Rusia bagi memenuhi sekatan baharu Eropah terhadap Rusia.
Binance menyatakan mereka akan mengehadkan perkhidmatan untuk entiti Rusia yang mempunyai matawang kripto yang bernilai lebih 10,000 euro ($10,893). Dengan kata lain akaun sedemikian tidak lagi dibenarkan untuk berdagang atau mendepositkan token namun dibenarkan untuk mengeluarkan pegangan aset mereka.
Bukan itu sahaja, pengeluaran ke dalam akaun deposit Rusia juga akan disekat, kata Binance. Peraturan ini terpakai kepada semua warganegara dan entiti Rusia yang menetap di Rusia. Langkah ini diumumkan selepas Kesatuan Eropah melaksanakan sekatan fasa kelima terhadap Rusia, berhubung konflik negara itu dengan Ukraine. Sekatan terkini melibatkan pembekuan aset ke atas beberapa entiti Rusia, dan juga menghalang warga Rusia daripada menerima pembiayaan EU.
Sekatan fasa kelima ini dilihat lebih menekankan, dimana ia menghalang negara Rusia daripada akses ke sistem kewangan barat.
Dengan pengumuman terbaru ini, dapat ditafsirkan bahawa Binance telah mengubah arah atau nadanya terhadap pengguna Rusia. Pada awalnya, Binance komited untuk Pertukaran itu bersetuju untuk mematuhi sekatan terhadap entiti Rusia. Namun terkini Binance dilihat melawan arus. Tindakan awal tahun Binance telah menggantung sokongan untuk kad Visa dan Mastercard di Rusia selepas dua syarikat tersebut menarik diri dari negara Rusia.
Rakyat Rusia kebanyakkan kini bergantung pada penggunaan kripto. Atas dasar itu, Rusia sedang sedaya upaya ewujudkan rangka kerja pengawalseliaan yang luas untuk kripto di Rusia. Kerajaan Rusia juga berhasrat untuk memanfaatkan rizab tenaga negara untuk melombong lebih banyak kripto.