• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
THE GREAT DEPRESSION 1929 – Tempoh 10 Tahun Kegelapan Dunia

THE GREAT DEPRESSION 1929 – Tempoh 10 Tahun Kegelapan Dunia

6 November 2022
Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

Trump Buka Pintu: Pasaran Minyak Iran Sah ‘Bebas’ Daripada Sekatan AS!

23 June 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Wall Street ‘Berdarah’! Situasi Pasaran Saham Undang Perhatian Pasaran

23 June 2026
Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

23 June 2026
Kronologi Selat Hormuz 2026

Kronologi Selat Hormuz 2026

23 June 2026
Johor Terima Dana RM16 Bilion, Walaupun Hasil Cuma RM14 Bilion – PMX

Johor Terima Dana RM16 Bilion, Walaupun Hasil Cuma RM14 Bilion – PMX

23 June 2026
Gelora GBP/USD Dipantau Rapat, Siapa Pengganti Starmer?

Gelora GBP/USD Dipantau Rapat, Siapa Pengganti Starmer?

23 June 2026
Dilema Emas: Isu AS-Iran & ‘Hawkish’ Fed Punca XAU/USD Suram?

Dilema Emas: Isu AS-Iran & ‘Hawkish’ Fed Punca XAU/USD Suram?

23 June 2026
Singapura Kebal Gangguan Pasaran Minyak, Inflasi Stabil 1.4%

Singapura Kebal Gangguan Pasaran Minyak, Inflasi Stabil 1.4%

23 June 2026
Strategy Kaut Lagi Bitcoin, Rizab Tunai Cecah $1.4 Bilion!

Strategy Kaut Lagi Bitcoin, Rizab Tunai Cecah $1.4 Bilion!

23 June 2026
Saham Alphabet Merosot 4.75% Susulan Saintis AI Letak Jawatan

Saham Alphabet Merosot 4.75% Susulan Saintis AI Letak Jawatan

23 June 2026
Surplus Dagangan Malaysia Cecah RM137.77 Bilion – MATRADE

Surplus Dagangan Malaysia Cecah RM137.77 Bilion – MATRADE

23 June 2026
Kejatuhan Serba Dinamik: Dari Syarikat Gergasi Ke Penggulungan

Kejatuhan Serba Dinamik: Dari Syarikat Gergasi Ke Penggulungan

23 June 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Wednesday, 24 June 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

    Trump Buka Pintu: Pasaran Minyak Iran Sah ‘Bebas’ Daripada Sekatan AS!

    Dilema Emas: Isu AS-Iran & ‘Hawkish’ Fed Punca XAU/USD Suram?

    Dilema Emas: Isu AS-Iran & ‘Hawkish’ Fed Punca XAU/USD Suram?

    Singapura Kebal Gangguan Pasaran Minyak, Inflasi Stabil 1.4%

    Singapura Kebal Gangguan Pasaran Minyak, Inflasi Stabil 1.4%

    Surplus Dagangan Malaysia Cecah RM137.77 Bilion – MATRADE

    Surplus Dagangan Malaysia Cecah RM137.77 Bilion – MATRADE

    Boleh Trade Emas 24 Jam? CFTC Mula Minta Pendapat Awam!

    Boleh Trade Emas 24 Jam? CFTC Mula Minta Pendapat Awam!

    Bukan Saham Atau Forex, Komoditi Kini Lubuk Duit Baharu 2026

    Bukan Saham Atau Forex, Komoditi Kini Lubuk Duit Baharu 2026

    Data Ekonomi AS Tidak Memihak Emas, Harga Bakal Menjunam Ke $2,000 Semula?

    Emas Kukuhkan Posisi, Rundingan Asia Barat Jejas Harga Minyak

    Pasaran Global Huru-Hara, Ini Info Wajib Tahu Sebelum ‘Trade’!

    Pasaran Global Huru-Hara, Ini Info Wajib Tahu Sebelum ‘Trade’!

    India Tekan Amerika! Tuntut Keutamaan Tarif Sebelum Meterai Perjanjian Perdagangan

    AS dan Iran Catat Kemajuan! Sasar Ikat Perjanjian Damai 60 Hari

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Gelora GBP/USD Dipantau Rapat, Siapa Pengganti Starmer?

    Gelora GBP/USD Dipantau Rapat, Siapa Pengganti Starmer?

    Ringgit Kukuh Di Tengah Perkembangan Positif Rundingan Iran-AS

    Ringgit Kukuh Di Tengah Perkembangan Positif Rundingan Iran-AS

    Ringgit Dibuka Rendah Berbanding USD Menjelang Data Inflasi AS

    Ringgit Dibuka Rendah Berbanding USD Menjelang Data Inflasi AS

    Euro Hilang Taring, Nilai Mata Wang Mula Merosot!

    Euro Hilang Taring, Nilai Mata Wang Mula Merosot!

    Tarik Nafas Lega GDP atau Ancaman Inflasi PCE? (22-26 Jun 2026)

    Tarik Nafas Lega GDP atau Ancaman Inflasi PCE? (22-26 Jun 2026)

    Ringgit Catat Pemulihan Berbanding USD

    Ringgit Catat Pemulihan Berbanding USD

    USD Sentuh Paras Tertinggi, Isyarat ‘Rally’ Bakal Tamat?

    USD Sentuh Paras Tertinggi, Isyarat ‘Rally’ Bakal Tamat?

    Ringgit Dibuka Rendah Susulan Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar

    Ringgit Dibuka Rendah Susulan Fed Beri Isyarat Kenaikan Kadar

    Gempar! BoJ Naikkan Kadar Ke 1%, Tertinggi Sejak 1995!

    Gempar! BoJ Naikkan Kadar Ke 1%, Tertinggi Sejak 1995!

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Strategy Kaut Lagi Bitcoin, Rizab Tunai Cecah $1.4 Bilion!

    Strategy Kaut Lagi Bitcoin, Rizab Tunai Cecah $1.4 Bilion!

    Bitcoin Bertahan Pada $64,000, ETF & Fed Jadi Tumpuan Pasaran

    Bitcoin Bertahan Pada $64,000, ETF & Fed Jadi Tumpuan Pasaran

    Trump Jadi Halangan Terbesar Kelulusan CLARITY Act?

    Trump Jadi Halangan Terbesar Kelulusan CLARITY Act?

    Bitcoin Kembali Stabil, Paras $67,000 Menjadi Sasaran Baharu!

    Bitcoin Kembali Stabil, Paras $67,000 Menjadi Sasaran Baharu!

    Geng Ikan Paus Bitcoin Ingin Tawan Pasaran Kripto Pada Tahun 2021!

    Hasil Keputusan Mesyuarat FOMC Cetus Tekanan! Bagaimana Reaksi Pasaran Kripto?

    Andrew Tate Tak Reti Trade BTC, Rugi $85,000 dalam 16 Jam!

    Andrew Tate Tak Reti Trade BTC, Rugi $85,000 dalam 16 Jam!

    Bitcoin Hampiri Paras $60,000, Apa Puncanya?

    Bitcoin Hampiri Paras $60,000, Apa Puncanya?

    XRP Di Ambang Kejatuhan, Paras $1.17 Jadi Penentu!

    XRP Di Ambang Kejatuhan, Paras $1.17 Jadi Penentu!

    Bitcoin Masih Dalam Fasa ‘Bearish’, Glassnode Beri Amaran!

    Bitcoin Masih Dalam Fasa ‘Bearish’, Glassnode Beri Amaran!

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Wall Street ‘Berdarah’! Situasi Pasaran Saham Undang Perhatian Pasaran

    Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

    Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

    Saham Alphabet Merosot 4.75% Susulan Saintis AI Letak Jawatan

    Saham Alphabet Merosot 4.75% Susulan Saintis AI Letak Jawatan

    Oracle Buang 21,000 Pekerja Demi AI

    Oracle Buang 21,000 Pekerja Demi AI

    Bekas Pegawai Tertinggi Google Sertai OpenAI

    Bekas Pegawai Tertinggi Google Sertai OpenAI

    Biar Betul Apple? Harga iPhone 18 Basic Diramal Mencecah RM5,999!

    Biar Betul Apple? Harga iPhone 18 Basic Diramal Mencecah RM5,999!

    Elon Musk Belum Puas: SpaceX Ambil Alih Editor Kod AI Cursor!

    Elon Musk Belum Puas: SpaceX Ambil Alih Editor Kod AI Cursor!

    Keuntungan Astro Merosot 88% Pada Q1 2026

    Keuntungan Astro Merosot 88% Pada Q1 2026

    SpaceX Pecah Rekod Dunia, IPO Terbesar Dalam Sejarah Raih $85.7 Bilion!

    SpaceX Pecah Rekod Dunia, IPO Terbesar Dalam Sejarah Raih $85.7 Bilion!

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Artikel Umum

THE GREAT DEPRESSION 1929 – Tempoh 10 Tahun Kegelapan Dunia

Team INTRADAY by Team INTRADAY
6 November 2022
in Artikel Umum
0
THE GREAT DEPRESSION 1929 – Tempoh 10 Tahun Kegelapan Dunia
758
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

1929 hingga 1939.

Tempoh 10 tahun kejatuhan dunia yang merupakan peristiwa kemelesetan ekonomi terburuk berlaku di Amerika Syarikat (AS) serta mengambil tempoh paling panjang yang pernah dicatatkan dalam sejarah dikenali sebagai The Great Depression.

Ia merupakan krisis yang paling banyak meninggalkan kesan yang besar selepas peristiwa Perang Dunia Pertama.

The Great Depression telah mengambil masa selama kira-kira 10 tahun untuk kembali pulih iaitu dari tahun 1929 hingga tahun 1939, namun tempoh tersebut berbeza bagi setiap negara-negara lain yang terlibat.

Krisis ini telah membawa perubahan kepada institusi ekonomi, polisi makroekonomi dan teori ekonomi di negara-negara terkesan.

Selain AS, negara yang turut terkesan akibat peristiwa ini telah mengalami penurunan jumlah pengeluaran yang drastik, kenaikan kadar pengangguran, dan deflasi.

AS mengalami 4 gelombang panik bank-bank dalam tempoh krisis berkenaan.

Bermulanya Kejatuhan Ekonomi

The Great Depression bermula pada 24 Oktober 1929 apabila sebanyak 12.9 juta jumlah saham telah didagangkan oleh pelabur-pelabur untuk menyelamatkan aset mereka.

Peristiwa tersebut telah dinamakan sebagai the Black Thursday kerana ia merupakan hari yang bersejarah buat ekonomi AS.

Namun setelah beberapa hari selepas peristiwa tersebut iaitu pada 29 Oktober 1929, pasaran saham AS telah dikejutkan lagi dengan tindakan pelabur-pelabur yang telah memperdagangkan sejumlah 16 juta saham pada hari tersebut.

Peristiwa ini juga telah dikenali dengan the Black Tuesday dan ia sekali lagi telah memecah rekod penjualan saham terbesar dalam sejarah.

Sejarah Ekonomi

The Great Depression yang berlaku memberi impak berbeza bagi setiap negara. AS dan Great Britain merupakan dua negara yang mengalami kesan terburuk dan terpanjang di antara negara-negara lain.

Kesan sederhana telah dialami oleh Jepun dan negara-negara di Amerika Latin mengalami kesan yang lebih kecil.

AS mengalami penurunan dalam pengeluaran akibat kekurangan permintaan atau pembeli, kepanikan sistem kewangan, serta polisi kerajaan yang lemah.

Dalam pada itu, standard emas yang berkait rapat degan kadar pertukaran nilai mata wang AS menyebabkan krisis ekonomi ini turut memberi tempias ke negara-negara lain.

Namun begitu, pemulihan The Great Depression telah didorong oleh pengabaian standard emas untuk memastikan pelaksanaan pelonggaran monetari.

Tempoh Krisis The Great Depression

The Great Depression di AS bermula dengan berlakunya kemelesetan ekonomi yang normal pada musim panas tahun 1929. Namun, pada akhir tahun 1929 hingga awal tahun 1933, kemelesetan ekonomi menjadi semakin teruk.

Jumlah pengeluaran industri dan harga barangan jatuh secara mendadak.

Sektor perindustrian AS jatuh sebanyak 47%, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turun sebanyak 30%, dan indeks harga borong turun sebanyak 33% (deflasi).

Sementara, Great Britain mengalami pertumbuhan lemah dan kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 1920-an sehingga awal tahun 1930.

Sebagai perbandingan, jumlah kemelesetan di Great Britain adalah satu per tiga daripada jumlah kemelesetan yang dialami oleh AS.

Selain itu, Perancis juga mengalami krisis yang sama tetapi dalam tempoh masa yang lebih pendek pada awal tahun 1930. Namun, krisis ekonomi di Perancis mula pulih pada tahun 1932 hingga tahun 1933.

Ekonomi di Jerman pula meleset pada tahun 1928 dan menjadi stabil sebelum jatuh semula pada suku ketiga tahun berikutnya.

Jumlah kemelesetan ekonomi di Jerman adalah lebih kurang sama dengan jumlah kemelesetan yang dialami oleh AS.

Tambahan pula, beberapa negara di Amerika Latin juga mengalami kemelesetan ekonomi pada akhir tahun 1928 dan awal tahun 1929. Sementara negara-negara yang kurang membangun di Amerika Latin mengalami kemelesetan yang teruk.

Negara lain seperti Argentina dan Brazil mengalami kemelesetan yang sederhana. Jepun juga mengalami kemelesetan ekonomi yang sederhana.

Punca berlakunya the Great Depression

Pada tahun 1920-an, ekonomi AS berkembang dengan pesat selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, tempoh tersebut telah dikenali sebagai the Roaring Twenties.

Pasaran saham di AS mula berkembang dengan pesat apabila ramai pelabur daripada pelbagai golongan masyarakat telah menggunakan simpanan mereka untuk membeli saham untuk melabur pada Ogos 1929.

Hal ini telah mengakibatkan pengeluaran barangan menurun dan pengangguran meningkat seterusnya menyebabkan harga saham menjadi mahal daripada nilai yang sebenarnya.

Selain itu, gaji menjadi rendah, hutang pengguna semakin meningkat, sektor pertanian mengalami kesukaran apabila tiba musim kemarau dan harga makanan yang jatuh serta bank yang memberi pinjaman yang tidak boleh dicairkan (liquidated).

Pada musim panas 1929, ekonomi AS mengalami kemelesetan yang sederhana apabila pengguna mengurangkan perbelanjaan mengakibatkan barangan yang tidak terjual meningkat dan seterusnya menyebabkan pengeluaran dari kilang juga berkurang.

Sehinggalah menjelang akhir tahun, harga saham terus meningkat pada tahap yang tidak sepatutnya.

Keruntuhan Pasaran Saham Wall Street

Situasi panik dalam kalangan pelabur-pelabur menyebabkan mereka menjual saham secara beramai-ramai.

12. 9 juta saham telah didagangkan pada the Black Thursday.

Selepas 5 hari, 16 juta saham pula telah didagangkan pada the Black Tuesday.

Berjuta-juta saham menjadi tidak bernilai dan pelabur yang telah membeli saham secara pinjaman dari broker (stocks on margin) telah dihapuskan.

Sektor perkilangan menjadi perlahan dan pembuangan pekerja meningkat. Gaji menurun dan kuasa membeli menjadi rendah.

Standard emas yang menggunakan mata wang AS mengundang tempias kemelesetan ekonomi kepada negara-negara lain.

Pentadbiran Hoover

Kemelesetan ekonomi terus menjadi semakin buruk walaupun Presiden Herbert Hoover dan pemimpin lain cuba untuk memberi jaminan akan menyelesaikan krisis tersebut.

Pada tahun 1930, 4 juta penduduk AS masih mencari pekerjaan dan pada tahun seterusnya angka tersebut meningkat kepada 6 juta orang.

Sektor industri menurun sebanyak 50% serta pengangguran meningkat. Petani tidak mampu untuk menuai tanaman dan menyebabkan masalah kebuluran.

Kemarau yang teruk berlaku di Southern Plains mengakibatkan angin dan debu dari Texas ke Nebraska hingga meragut nyawa manusia, membunuh ternakan dan memusnahkan tanaman. Penduduk dari ladang mula berpindah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Pada musim luruh tahun 1930, pelabur-pelabur mula hilang kepercayaan kepada bank dan meminta deposit mereka secara tunai dan memaksa bank untuk mencairkan pinjaman tersebut bagi membekalkan duit secara tunai.

Pada 3 tahun berikutnya iaitu pada tahun 1933, beribu bank telah mengalami kejatuhan.

Pentadbiran Hoover cuba untuk membantu institusi dan bank yang gagal tersebut dengan bantuan pinjaman dari kerajaan.

Idea tersebut adalah untuk menyuruh bank menawarkan pinjaman kepada peniaga supaya ia dapat menawarkan pekerjaan kepada rakyat.

Kemenangan Roosevelt

Pemimpin demokrat Franklin D. Roosevelt telah menang untuk menjadi Presiden AS yang baru pada tahun 1932.

Beliau mengarahkan setiap bank yang masih beroperasi supaya memberhentikan operasinya pada pengakhiran gelombang keempat krisis kepanikan bank di AS.

Hal ini kerana perbendaharaan AS tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji pekerja kerajaan.

Roosevelt membuat tindakan pantas dengan mengumumkan cuti 4 hari kepada bank (bank holiday) supaya kongres berjaya melepasi pembaharuan perundangan dan dapat membuka semula bank dalam keadaan yang baik.

Selepas 100 hari kepimpinan Roosevelt, pentadbirannya melepasi perundangan yang bertujuan untuk menstabilkan industri dan sektor pertanian, mencipta peluang pekerjaan dan merangsang pemulihan semula ekonomi.

Beliau juga ingin membuat pembaharuan dalam sistem kewangan, merangka Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) untuk melindungi akaun pendeposit dan Securities and Exchange Commission (SEC) untuk mengawal pasaran saham dan mencegah sebarang ketidakadilan yang berlaku seperti isu pada tahun 1929.

The Great Depression Tamat

Peningkatan industri pembuatan telah meningkatkan sektor pekerjaan apabila Roosevelt bertindak untuk menyokong Britain dan Perancis dalam menentang Jerman dan kuasa besar lain.

Pada tahun 1941, Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jepun menyerang Pearl Harbour dan secara tidak langsung telah menyebabkan AS beralih fokus mereka kepada peperangan tersebut.

Kilang-kilang mula beroperasi semula bagi menyediakan peralatan untuk peperangan.

Pengembangan perindustrian dan juga kerahan tenaga yang meluas pada permulaan tahun 1942 telah mengurangkan kadar pengangguran.

AS menumpukan perhatian kepada peperangan dan the Great Depression tamat.

ShareTweetSend

Related Posts

Kronologi Selat Hormuz 2026

Kronologi Selat Hormuz 2026

by Team INTRADAY
23 June 2026
0

Selat Hormuz sekali lagi menjadi perhatian dunia pada tahun 2026. Laluan strategik yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Laut Oman ini...

Kejatuhan Serba Dinamik: Dari Syarikat Gergasi Ke Penggulungan

Kejatuhan Serba Dinamik: Dari Syarikat Gergasi Ke Penggulungan

by Team INTRADAY
23 June 2026
0

Suatu ketika dahulu, Serba Dinamik merupakan antara nama besar di Bursa Malaysia. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1993 ini berkembang...

Ini 8 Perniagaan Yang Membina Kekayaan Elon Musk

Ini 8 Perniagaan Yang Membina Kekayaan Elon Musk

by Team INTRADAY
19 June 2026
0

Apabila menyebut nama Elon Musk, ramai terus teringat Tesla. Namun, syarikat kenderaan elektrik itu hanyalah sebahagian daripada empayar perniagaan yang...

Kenapa Kita Wajib Bayar Cukai?

Kenapa Kita Wajib Bayar Cukai?

by Team INTRADAY
19 June 2026
0

Ramai yang menganggap cukai sebagai satu beban kerana ia mengurangkan pendapatan yang diterima.  Namun, cukai sebenarnya memainkan peranan penting dalam...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Boleh Trade Emas 24 Jam? CFTC Mula Minta Pendapat Awam!

Boleh Trade Emas 24 Jam? CFTC Mula Minta Pendapat Awam!

23 June 2026
Bukan Saham Atau Forex, Komoditi Kini Lubuk Duit Baharu 2026

Bukan Saham Atau Forex, Komoditi Kini Lubuk Duit Baharu 2026

23 June 2026
Dilema Emas: Isu AS-Iran & ‘Hawkish’ Fed Punca XAU/USD Suram?

Dilema Emas: Isu AS-Iran & ‘Hawkish’ Fed Punca XAU/USD Suram?

23 June 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Wall Street ‘Berdarah’! Situasi Pasaran Saham Undang Perhatian Pasaran

0
Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

Trump Buka Pintu: Pasaran Minyak Iran Sah ‘Bebas’ Daripada Sekatan AS!

0
Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

0
Krisis Geopolitik Makin Tegang! Iran Nekad Penutupan Selat Hormuz Diteruskan

Trump Buka Pintu: Pasaran Minyak Iran Sah ‘Bebas’ Daripada Sekatan AS!

23 June 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Wall Street ‘Berdarah’! Situasi Pasaran Saham Undang Perhatian Pasaran

23 June 2026
Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

Saham Korea Junam 10%, Rekod Terburuk Dalam Sejarah!

23 June 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.