Hari ini mungkin hari kemenangan untuk pelabur 0x (ZRX) apabila token kripto ini mencatatkan lonjakan lebih 64%, menyentuh paras tertinggi harian, $1.18.
Rekod terkini merupakan yang tertinggi sejak Disember 2021.
Bagaimanapun, ZRX masih perlukan lonjakan sekurang-kurangnya 57% untuk menebus kembali paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 9 Januari 2018.
Mengapa ZRX ‘terbang’ tinggi?
Berdasarkan perkongsian terbaru di blog rasmi 0x semalam, lonjakan ZRX ada kaitan dengan kolaborasi dengan Coinbase NFT.
Berikut rincian kerjasama tersebut:
- Coinbase NFT memilih protokol 0x untuk mendapatkan kos transaksi yang murah.
- 0x v4 menawarkan keefisienan gas sehingga 54%, meringankan beban pengguna dan peminat NFT yang melakukan transaksi jual beli.
- Sebagai rekod, 0x juga menyokong penukaran NFT untuk pelbagai rantai (multi-chain)dan kebanyakan standard token.
Coinbase NFT
- Coinbase telah melancarkan produk terbaharu, Coinbase NFT dan buat masa sekarang ia masih dalam beta.
- Hanya pengguna tertentu sahaja dibenarkan untuk pengaksesan beta berdasarkan senarai tunggu yang berdaftar sebelum ini.
- Setakat ini Coinbase NFT cuma menawarkan penyenaraian koleksi NFT yang dibangunkan di Ethereum dan pembelian dilakukan di dalam ether (ETH).
Ketika penulisan, ZRX didagangkan sedikit rendah dari rekod tertinggi harian, $1.07 tetapi masih mengekalkan lonjakan lebih 46% untuk tempoh 24 jam.