‘Tak baik sebar gambar atau video penderitaan, tu sebab Twitter nak laksanakan mandat baru ni.’
Twitter Inc akan menyekat akaun kerajaan Rusia dan meminta media gabungan kerajaan lain supaya berhenti menyiarkan kandungan yang memaparkan tawanan perang (POW).
Terbaharu ini, Twitter telah memetik isu bagaimana platform media sosial digunakan bagi mencapai keadilan menghormati kebebasan bersuara semasa ia memaparkan imej ataupun akaun yang mengerikan, selain sering dimanipulasi oleh perkongsian dari barisan hadapan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu berkata lagi bahawa ia akan menambah amaran kepada akaun yang disokong kerajaan mengenai POW apabila mereka mempunyai ‘kepentingan awam’ sambil memetik Artikel 13 Konvensyen Geneva III.
Selain itu, Twitter juga akan kemukakan mandat untuk mengalih keluar siaran daripada mana-mana pengguna sama ada berkaitan negara atau tidak, daripada menyiarkan tentang POW dengan ‘niat jahat’ seperti penghinaan, gesaan membalas dendam atau mengejek penderitaan seseorang.
Menurut Sinead McSweeney, Naib Presiden Dasar Awam Global Twitter, platform itu juga akan segera berhentikan pensyoran akaun kerajaan milik negara yang menghadkan akses kepada maklumat percuma dan terlibat dalam konflik antara negeri bersenjata.
Terangnya lagi, Twitter akan menggunakan dasar tersebut terhadap akaun kerajaan Rusia terlebih dahulu.