Pergerakan mata wang kripto, Bitcoin (BTC) utamanya menunjukkan sinar dengan lonjakan lebih 4% ke paras tertinggi harian, $43,101 pada malam tadi dari paras terendah harian, $41,285 semalam.
Ucapan pengerusi Federal Reserve (The Fed), Jerome Powell nampaknya memberi kesan positif terhadap harga BTC, termasuk pasaran altcoins.
Apa yang berlaku?
Difahamkan The Fed telah membuat keputusan untuk menangani kadar inflasi yang tinggi. Ini bermakna bank pusat akan mengurangkan balance sheet pada tahun ini.
Pada masa yang sama, seluruh pasaran juga sedang menantikan laporan Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka umum pada hari ini.
Jangkaan untuk CPI bagi Disember 2021 meningkat 0.5% bulan ke bulan kepada 7.1%.
Pergerakan pasaran mata wang kripto
Sebagai rekod, Bitcoin pamerkan pergerakan harga yang tidak menentu selepas pengumuman CPI dua bulan lalu.
Maka tidak hairanlah mengapa ada segelintir pelabur melihat BTC sebagai aset berisiko, sama seperti saham yang ‘sensitif’ dengan dasar monetari diperketatkan ekoran inflasi tinggi.
Bagaimanapun, keputusan The Fed pada malam tadi menyumbang kepada lonjakan harga BTC, diikuti Ethereum (ETH) yang melonjak hampir 5%, didagangkan pada $3,232; Solana (SOL) – $139.93 (+3.3%); Cardano (ADA) – $1.20 (+4.36%); XRP – $0.77; dan Terra (LUNA) – $72.59 (+3.83%).
Sementara itu, Binance Coin (BNB) dan Polkadot (DOT) menjadi dua aset kripto yang mencatatkan lonjakan lebih 5% dalam 24 jam dengan masing-masing didagangkan pada $461, meningkat 8.55%, dan $25.70, meningkat 8.12%.
Bagaimanapun, Internet Computer (ICP) dan Chainlink (LINK) mencatatkan penurunan. Masing-masing susut hampir 7%, didagangkan pada $32.95 dan susut hampir 5%, didagangkan pada $26.56.