Ukuran inflasi pilihan the Fed sekali lagi mencatatkan peningkatan bulanan yang tinggi dan ini membawa indikasi terkini bahawa bank pusat A.S perlu mengurangkan dasar polisi monetari mudah yang telah diterapkan sejak penularan pandemik Covid-19.
Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) meningkat 0.5% pada bulan Januari sejajar dengan peningkatan pada bulan Disember berdasarkan laporan Jabatan Perdagangan pada hari Jumaat.
Ini membawa kepada peningkatan tahunan sebanyak 5.2%, kadar terpantas dalam tempoh hampir 4 dekad dan naik daripada peningkatan 4.9 peratus yang dicatatkan pada Disember.
Tanpa mengambil kira barangan seperti makan dan tenaga, PCE telah melonjak 6.1% berbanding tahun lepas atau 0.6% dari bulan ke bulan. Pegawai the Fed sedang memantau data inflasi dengan teliti semasa bagi menilai seberapa cepat untuk menaikkan kadar faedah tahun ini daripada paras hampir sifar hari ini.
Pendapatan peribadi tidak berubah pada bulan itu, dan tekanan harga yang meningkat disertai dengan peningkatan 2.1 peratus dalam perbelanjaan isi rumah pada awal tahun. Data ini dikeluarkan susulan laporan konflik antara Rusia dan Ukraine dimana para penggubal sedang mengamati potensi kesan terhadap ekonomi.
Bank pusat AS itu masih dijangka meneruskan kenaikan kadar faedah pertamanya pada mesyuarat seterusnya pada pertengahan bulan depan walaupun berlaku kegawatan baru-baru ini, dan pelabur masih menjangkakan 0.25 mata.
Setakat ini beberapa pegawai telah bercakap dalam beberapa hari kebelakangan ini mengenai potensi risiko kepada pertumbuhan ekonomi dan prospek inflasi yang berpunca daripada ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, hal ini dilihat tidak mengoyahkan para penggubal dasar untuk menaikkan kadar faedah.