Langkah kanan buat US dolar pada permulaan dagangan 2022 apabila berjaya kembali mengukuh di awal minggu ini selepas paparkan prestasi suram sehingga penutup dagangan 2021 minggu lalu.
Penganalisis sebelum ini sudah pun meletakkan keyakinan untuk melihat pengukuhan bagi US dolar pada tahun 2022 dengan fasa pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed) seperti diumumkan pada mesyuarat FOMC lalu.
Namun, pengukuhan awal US dolar khususnya pada sesi New York semalam dilihat dipengaruhi oleh lonjakan pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) yang telah melepasi semula paras 1.60%.
Data PMI pembuatan AS tinjauan ISM yang akan diterbitkan hari ini (Selasa) bakal menambahkan kerancakan pergerakan US dolar di sesi New York malam nanti.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-pasaran-matawang-8
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, permulaan dagangan 2022 yang menarik apabila harga telah mula pamerkan pergerakan lebih agresif dengan penurunan harian sekitar 90 pips dicatatkan.
Menjunam semula di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam telah memberi isyarat awal untuk trend bearish dengan jangkaan pengukuhan US dolar baru hendak bermula.
Zon support pada 1.12500 yang menjadi tumpuan pada penghujung tahun lalu akan menjadi sasaran penting untuk diuji.
Penurunan lebih rendah akan lebih menarik untuk pelabur menilai reaksi harga menguji zon support utama pada 1.12000 yang merupakan zon terendah dicecah harga pada tahun 2021.
Namun jika harga berjaya membuat lonjakan semula, zon resistance pada 1.14000 kekal menjadi penanda aras bagi rintangan kenaikan harga.
Harga masih belum berjaya menembusi rintangan penting itu setelah 7 minggu bergerak di bawah zon tersebut.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG