Minyak mentah mengekalkan momentum pengukuhan di paras ketinggian tiga minggu, dengan berada di landasan untuk keuntungan mingguan terbesarnya sejak Mac.
Sesi Asia memperlihatkan niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan lebih tinggi pada $94 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $88 setong.
Kedua-dua penanda aras dijangka mencatat peningkatan lebih 11% pada minggu ini, disokong oleh keputusan OPEC+ untuk memotong pengeluaran sebanyak 2 juta tong sehari daripada mulai November.
Langkah ini dilihat akan memberi tekanan terhadap bekalan global lebih mendalam menjelang musim sejuk.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah meluahkan kekecewaan beliau terhadap keputusan itu dan berkata negara itu sedang mencari jalan untuk membendung peningkatan harga.
Menambah kebimbangan terhadap bekalan, Rusia memberi amaran sekali lagi minggu ini untuk tidak menjual minyak kepada negara yang menyokong rancangan mengehadkan had harga minyaknya.