Warner Music telah mengikat kerjasama dengan The Sandbox dalam usaha mengadakan konsert maya di metaverse.
Difahamkan WM telah membeli estate di The Sandbox yang mana ia akan memainkan peranan sebagai ruang untuk artis terkenal Warner membuat persembahan secara langsung di metaverse.
Senarai artis yang akan terlibat tidak dikenalpasti lagi tetapi WM merupakan syarikat muzik yang memiliki barisan selebriti bertaraf antarabangsa termasuk Ed Sheeran, Elektra, Erato Lizzo, dan Red Hot Chilli Peppers.
Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama WM bekerjasama dengan entiti yang bertanggungjawab dalam metaverse dan non-fungible token (NFT).
Secara tidak langsung, estate yang diperoleh WM juga bercirikan hibrid – menggabungkan taman tema muzikal dan ruang konsert.
The Sandbox memiliki pengaruh yang kuat di mana banyak nama-nama besar telah memilih untuk bekerjasama dengan metaverse ini. Misalnya, Snoop Dogg, Steve Aoki, dan Adidas.
Paling terbaru, The Sandbox telah bersatu dengan beberapa industri profesional Hong Kong bagi penubuhan Mega City.
Ketika penulisan, token natifnya – SAND mencatatkan nilai dagangan $3.45 (RM14.50), melonjak lebih 12% dalam 24 jam.
Bagaimanapun, aset ini memerlukan peningkatan harga sekurang-kurangnya lebih 62% untuk tembus paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 25 November 2021.
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.