Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi tercari-cari arah yang lebih jelas selepas memaparkan corak kenaikan harga pada awal minggu lalu.
Pengukuhan Pound sedikit suram walaupun Bank of England (BOE) meningkatkan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu lalu seperti situasi yang berlaku pada US dolar sebelumnya.
Pelabur akan memberi tumpuan pula terhadap laporan data inflasi UK dan juga data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK pada minggu ini bagi menentukan arah pergerakan harga selanjutnya buat Pound.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/recording-20
Pada kenaikan yang dipaparkan pada penghujung minggu, harga masih lagi terhalang pada zon rintangan 1.32000 setelah beberapa kali mengujinya.
Namun begitu, penganalisis masih melihat kecenderungan untuk harga menyambung kenaikan lebih tinggi dimana masih disokong oleh paras sokongan Mvoing Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat bullish.
Sekiranya kenaikan harga berjaya melonjak tembusi zon 1.32000 tersebut, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk menuju ke paras 1.33000 menguji pula zon SBR (support become resistance) tersebut.
Sebaliknya jika zon 1.32000 kekal menjadi penghalang untuk kenaikan harga, penurunan harga boleh berlaku semula untuk susut ke paras sokongan awal sekitar 1.31000.
Kemudiannya penurunan yang diteruskan dilihat akan kembali semula ke zon support 1.30000 yang telah dicecah harga pada dagangan pembukaan awal minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG