Emas didagangkan sedikit berubah pada pembukaan dagangan awal minggu ketika US dolar meneruskan pengukuhan susulan Federal Reserve (Fed) yang hawkish.
Pada sesi Asia, logam kuning itu sedikit susut pada sekitar harga $1,923 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih rendah pada $1,942 per auns.
Meskipun begitu, jika dilihat secara gambaran lebih besar, harga emas sebenarnya masih bergerak dalam zon mendatar.
Pada minggu lalu, Fed telah memberi isyarat untuk melanjutkan kenaikan kadar faedah dan ia dijangkakan kekal tinggi sehingga tahun depan.
Hal ini boleh memberi tekanan berterusan buat dagangan emas untuk kekal didagangkan lebih rendah di tengah-tengah US dolar dan hasil bon AS yang lebih kuat.
Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan juga terbitan data-data utama yang akan menentukan sama ada ekonomi Amerika Syarikat kukuh seperti dikatakan oleh bank pusat untuk teruskan pengetatan.
Minggu ini, pasaran akan memberi tumpuan kepada terbitan data keluaran dalam dasar (KDNK) pada hari Khamis dan indeks perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS pada Jumaat.
Pelabur juga akan mengikuti perkembangan dalam risiko ‘government shutdown’, di mana Kongres perlu mencapai kesepakatan untuk meluluskan rang undang-undang perbelanjaan selewatnya akhir minggu ini.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.