Harga emas berlegar pada paras terendah pada hari Rabu ketika pasaran menantikan lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju dasar Federal Reserve (Fed).
Pada sesi Asia, logam kuning itu terakhir kali dilihat didagangkan pada sekitar harga $1,904 per auns selepas sekali lagi menguji paras sokongan $1,900 sebelumnya.
Harga $1,900 menjadi paras kritikal buat emas untuk ditembusi di tengah-tengah pengukuhan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang berterusan.
Data jualan runcit Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan peningkatan pada bulan Julai dengan kenaikan lebih kukuh daripada dijangkakan.
Namun begitu, indeks pembuatan Empire State pula menunjukkan bacaan sebaliknya dengan catatan sangat lemah -19.0 berbanding 1.1 sebelumnya pada bulan Ogos.
Tinjauan itu merupakan penunjuk utama kesihatan ekonomi, yang dijalankan ke atas 200 pengilang di New York dengan meminta responden menilai tahap relatif keadaan perniagaan.
Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC untuk mendapatkan petunjuk lebih jelas mengenai penetapan dasar Fed seterusnya.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.