Harga emas terus berundur lebih jauh dari paras tertinggi satu tahunnya ketika pasaran kini lebih berwaspada menuju mesyuarat polisi FOMC.
Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan susut pada $1,940 per auns, manakala niaga hadapan emas sedikit berubah pada $1,943 per auns.
Harga emas telah merosot hampir 2% pada hari Selasa apabila kebimbangan terhadap krisis perbankan yang berkurang mendorong pelabur beransur-ansur melepaskan pegangan safe-haven.
Terbaharu Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen mengatakan kesediaannya untuk campur tangan bagi melindungi pendeposit di bank-bank AS yang lebih kecil dan berdepan risiko besar kegagalan deposit.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis dengan meletakkan jangkaan bahawa Fed akan melaksanakan kenaikan sebanyak 25 mata asas.
Bagaimanapun, pelabur masih perlu berhati-hati terhadap sebarang kejutan yang mungkin akan dibuat oleh Fed.
Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.