Harga emas terus melonjak naik dan telah menembusi $2,000 semalam namun kembali susut di sekitar bawah paras tersebut pada dagangan awal sesi Asia pagi ini.
Situasi tersebut dirangsang oleh hasil bon perbendaharaan AS yang lebih rendah dan USD yang sekarang ini melemah.
Laporan minit mesyuarat FOMC November mendedahkan bahawa keputusan dasar akan berdasarkan maklumat terkini dan akan mengekalkan kadar faedah pada sasaran 5.25% – 5.5%.
Selain itu, Indeks Dolar AS didapati merosot berbanding kumpulan enam mata wang utama dengan turun 103.60 ke paras terendah sejak penghujung Ogos. Hasil bon AS turun 4.40% dan meningkatkan harga emas kerana kos penghasilannya tidak dikeluarkan.
Data ekonomi yang dikeluarkan semalam menunjukkan US Chicago Fed National Activity Index untuk Oktober turun 0.49 daripada bacaan sebelumnya 0.02. Manakala, jualan rumah sedia ada turun 4.1% daripada 2.2% pada bulan September.
Trader emas akan terus memantau data tuntutan faedah pengangguran AS, data pesanan barangan tahan lama dan tinjauan sentimen pengguna Universiti Michigan pada hari ini untuk mengenal pasti peluang dagangan emas.