“Hmm tahulah nak retest, tapi agaknya lama lagi ke tu?”
Michael van de Poppe, penganalisis mata wang kripto terkemuka baru-baru ini menjangkakan Chainlink (LINK) bakal menyaksikan pembetulan terakhir terlebih dahulu sebelum harganya menggunung dua kali ganda.
Menurut Poppe kepada 668,000 pengikutnya di platform media sosial X, LINK mungkin dapat mencapai $12 sehingga $15 pada tahun 2024, tetapi beliau berpandangan harganya akan membuat retest dulu pada $7.
Sekiranya LINK berjaya melepasi paras tersebut, harganya yang pada masa ini didagangkan di bawah $8 mampu mencatatkan keuntungan kira-kira 56% hingga 95%.
Jadi di sini dapat dilihat bahawa altcoin bila-bila masa sahaja bakal melakukan pembetulan harga, bagaimanapun para pedagang kripto akan terus memerhati pergerakan altcoin termasuk LINK yang semakin raih perhatian.
Selain itu, Poppe turut berkata aset digital teratas seperti BTC mampu menembusi $30,000 tetapi harganya berkemungkinan menguji semula antara julat $26,700 dan $26,900, di mana kini aset digital tersebut berada pada $27,666.
Umum mengetahui LINK adalah rangkaian oracle blockchain decentralized dibina di atas Ethereum (ETH) yang digunakan untuk memudahkan pemindahan data daripada sumber off-chain kepada kontrak pintar on-chain.
Sehingga berita ini ditulis, harga LINK melonjak sebanyak 1.71% pada paras $7.73 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $4 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 0.15% sepanjang minggu lepas.