Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada sesi New York semalam memaparkan terjunan harga hingga 240 pips!
Pastinya semua sudah sedia maklum, pergerakan ketara pasaran semalam didorong oleh petunjuk pada kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada pembentangan laporan dasar monetari.
Isyarat hawkish adalah jelas daripada Powell apabila beliau menyatakan bahawa bank pusat bakal kembali meneruskan semula langkah pengetatan yang lebih agresif selepas ini.
Ini adalah berdasarkan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan yang masih kukuh dan masih memberi ruang untuk Fed melanjutkan pengetatan dasar mereka.
Pound dilihat langsung tidak berdaya menahan asakan pengukuhan US dolar susulan reaksi pasaran di sesi New York.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/bom-powell-lonjak-usd
Jika diperhati pada carta GBP/USD, harga pada mulanya sedikit meningkat ke paras 1.20600 kemudiannya telah menjunam hingga mencecah paras sekitar 1.18200.
Zon support 1.19000 yang dijangka akan diuji turut dirempuh harga sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 13 minggu.
Penurunan lanjut harga akan dijangka diteruskan lagi hari ini untuk menguji zon tumpuan seterusnya pada 1.18000 sebelum melanjutkan lagi penurunan ke paras lebih rendah.
Namun jika berlaku lantunan semula harga, zon penting 1.19000 akan kembali menjadi tumpuan kembali yang sebelum ini menjadi sokongan buat harga.
Sekiranya kenaikan gagal melepasi zon tersebut, berkemungkinan penurunan harga akan diteruskan semula menyambung corak bearish yang telah dipamerkan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG