Membuka dagangan di awal minggu ini, harga emas dilihat didagangkan dalam julat pergerakan seperti di penghujung minggu lalu dengan pelabur masih berhati-hati menantikan pertunjuk terbaru.
US dolar yang mempengaruhi turun naik nilai emas dalam pasaran dilihat kurang agresif pada penghujung minggu lalu setelah pada awalnya menunjukkan pengukuhan.
Data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan minggu ini akan diperhatikan dengan tumpuan pada data inflasi sebelum menuju mesyuarat FOMC pada minggu berikutnya.
Jika diperhati pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kelihatan meniti di atas zon 1920.00 yang menjadi support buat harga.
Pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD juga masih belum memberi petanda untuk harga menyambung trend bearish sebelum ini.
Pada dagangan sejak sesi Asia pagi ini, harga yang membuat kenaikan dari zon 1920.00 dilihat menguji paras sekitar 1930.00 di sesi Eropah.
Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, harga dijangka untuk menuju semula ke zon rintangan penting pada ketinggian 1950.00 yang telah diuji pada penghujung Ogos lalu dan juga pada pembukaan September.
Sementara, jika harga menjunam di bawah zon 1920.00 semula dan turut melepasi sokongan MA50, pelabur akan berjaga-jaga dengan risiko kejatuhan emas lagi minggu ini.
Penurunan yang dilanjutkan dilihat bakal mencecah semula 1900.00 selain harga juga akan menguji zon penting itu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG