Dagangan emas juga turut mencuri perhatian apabila pergerakan harga terkesan oleh reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan penghujung minggu lalu.
Laporan yang suram untuk bulan Oktober telah memberi kesan penyusutan yang ketara terhadap mata wang US dolar.
Ini juga turut mempengaruhi pergerakan harga emas yang pamerkan peningkatan selepas data tersebut diterbitkan.
Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat banyak bergerak mendatar di zon 1980.00 minggu lalu.
Pada Jumaat, harga perlahan di sesi Asia dan Eropah sebelum paparkan lonjakan di awal sesi New York.
Kenaikan harga dilihat telah menguji lagi paras 2000.00 yang kekal menjadi zon rintangan dan turut diuji pada dagangan penghujung Oktober.
Masih gagal untuk menembusi paras tersebut, harga kembali berundur turun semula dan menutup dagangan di sekitar paras 1992.00.
Menyambung dagangan pada pembukaan pasaran awal minggu ini, harga paparkan corak penurunan dah telah bergerak susut di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.
Ini memberi petanda amaran kepada pelabur untuk risiko harga emas yang boleh jatuh lebih rendah pada minggu ini.
Sekiranya harga susut di bawah zon 1980.00, penurunan lebih rendah boleh dijangkakan sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1950.00.
Namun jika harga berjaya melonjak lagi, rintangan 2000.00 masih kekal sebagai sasaran untuk diuji dan ditembusi.
Jika akhirnya harga berjaya tembus dengan kukuh, paras ketinggian terbaru 7 bulan bakal dicatatkan oleh emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG