Dagangan emas menggusarkan para pelabur pada Selasa semalam apabila harga menjunam lebih dalam.
Tarikan terhadap aset emas dilihat semakin pudar setelah pergerakan harga cemerlang sepanjang Oktober lalu.
Selepas harga gagal untuk berada di atas paras $2,000 minggu lalu, corak penurunan harga mula dipamerkan sejak pembukaan dagangan awal minggu ini.
Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah berjaya mencapai paras 2000.00 pada lonjakan Jumaat lalu ketika data NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Namun paras tersebut dilihat kini sebagai rintangan yang menahan harga untuk naik lebih tinggi.
Penurunan harga dipaparkan pada pembukaan awal minggu sehingga bersambung pada Selasa semalam.
Paras terendah harian dicecah semalam adalah sekitar 1957.00 sebelum melantun menutup dagangan sesi New York sekitar 1969.00.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pada Eropah hari ini (Rabu), namun kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, menjadi isyarat pergerakan harga masih dalam trend bearish.
Penurunan lanjut harga dijangkakan untuk menuju hingga 1950.00 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Tembus lebih rendah akan menjadi amaran kepada pelabur untuk bersedia bagi kejatuhan lebih parah buat harga emas.
Sebaliknya, jika harga pulih membuat kenaikan semula, melepasi halangan MA50 dan zon 1980.00 akan menjadi petunjuk positif.
Kenaikan harga emas akan menguji kembali rintangan penting pada zon 2000.00 sebelum mampu meneruskan pendakian ke puncak harga lebih tinggi selepas itu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG