Dagangan emas dilihat gagal menyambung momentum positif di awal minggu ini setelah mempamerkan lonjakan yang cemerlang pada penutup minggu lalu.
Ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dan menyaksikan US dolar melemah, harga emas telah melonjak sehingga ke paras harga $1,870.
Situasi ini dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan lonjakan yang dipaparkan memberi harapan kepada pelabur untuk peningkatan nilai lebih tinggi pada minggu ini.
Namun agak mengecewakan pada pembukaan dagangan awal minggu semalam apabila pergerakan harga adalah lebih mendatar.
Harga yang telah melepasi paras 1870.00 dilihat mendatar di atas zon tersebut dengan paras tertinggi dicapai hanyalah sekitar 1880.00.
Pergerakan mendatar dan perlahan tersebut terus disaksikan sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia dan sesi Eropah hari ini (Selasa).
Sekiranya harga emas berjaya meneruskan lonjakan dari zon 1870.00 yang kini menjadi support buat harga, sasaran adalah untuk mencapai pula ketinggian paras 1900.00.
Kenaikan yang diteruskan akan terus mencatatkan paras tertinggi terbaru 8 bulan.
Namun jika berlaku penurunan semula di bawah zon 1870.00, harga berkemungkinan akan susut di bawah paras sokongan MA50 dan mencetus isyarat awal perubahan trend bearish buat emas.
Sekiranya penurunan berterusan, harga dilihat akan menuju semula ke sekitar 1830.00 untuk menguji zon RBS (resistance become support) yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Penurunan lanjut harga seterusnya dijangka akan kembali semula ke sekitar 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG