Dagangan emas juga tidak terkecuali memaparkan pergerakan bergelora harga pada sesi New York semalam yang dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).
Nilai emas yang dipengaruhi oleh pergerakan US dolar menyaksikan raja mata wang itu mengalami turun naik harga yang mendadak sebaik sahaja data diterbitkan.
Bacaan tahunan indeks harga pengguna AS menepati ramalan susut ke paras 6.5% daripada 7.1% sebelum ini, penurunan 6 bulan berturut-turut.
Memerhatikan pergerakan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di sesi New York semalam, harga pada mulanya menjunam menuju ke paras 1870.00 namun berlaku lonjakan semula mencapai paras ketinggian 1900.00.
Kemudian harga sekali lagi memaparkan penurunan, namun disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut sebelum meningkat semula mengakhiri dagangan penghujung sesi sekitar 1900.00.
Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini (Jumaat) di sekitar 1900.00 tersebut yang menjadi rintangan buat harga.
Namun pada sesi Eropah, harga meningkat dan melepasi rintangan 1900.00 tersebut untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 bulan.
Dengan jangkaan US dolar bakal terus melemah, harga emas berpotensi mencapai paras ketinggian terbaru sehingga sekitar 1950.00.
Namun waspada dengan ketidaktentuan di penghujung minggu yang berkemungkinan memperlihatkan kejatuhan semula harga emas di sesi-sesi akhir.
Gagal untuk kekal berada di atas zon 1900.00 boleh membuatkan harga emas susut semula dengan paras sokongan 1870.00 bakal menjadi tumpuan untuk diuji.
Jika dinilai terdapat isyarat perubahan trend bearish semula, harga boleh susut lebih rendah menuju sehingga sekitar zon 1830.00 semula.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG