Minyak mentah didagangkan stabil pada sekitar paras tertinggi tiga bulan, disokong oleh data inventori minyak yang menunjukkan permintaan kukuh dari Amerika Syarikat.
Bekalan minyak AS jatuh sebanyak 15.4 juta tong pada minggu lalu, menurut data Institut Petroleum Amerika (API) berbanding jangkaan untuk penurunan hanya sebanyak 1.37 juta tong.
Jika data rasmi dari kerajaan iaitu Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) dikeluarkan pada hari ini sepadan dengan data API, ia akan menandakan kejatuhan terbesar dalam inventori minyak AS mengikut rekod sejak 1982.
Meneliti pergerakan carta harga XTI/USD, harga telah membuat lonjakan ke sekitar 82.00, tertinggi dalam tempoh tiga bulan.
Sekiranya pendakian diteruskan, harga berpotensi untuk menuju ke sekitar paras rintangan 84.50 yang diuji pada dagangan April lalu.
Seterusnya, jika paras tersebut berjaya ditembusi, maka harga selanjutnya yang menjadi sasaran berkemungkinan pada 89.00 sekali gus mencatatkan rekod tertinggi terbaru sejak November 2022.
Akan tetapi, jika harga gagal meneruskan kenaikan, ia berisiko untuk jatuh semula ke sekitar 76.70 yang sebelum ini telah berjaya ditembusi pada awal minggu lalu.
Selanjutnya, penurunan harga yang lebih rendah boleh mencecah sekitar 74.00 yang terakhir kali disentuh pada dua minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan XTI/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.