Tekanan untuk Reserve Bank of Australia (RBA) nampaknya berkurangan selepas diperlihatkan dengan bacaan data inflasi yang semakin perlahan pada suku kedua.
Data yang diterbitkan oleh Biro Perangkaan Australia (ABS) menunjukkan bahawa indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.8% pada suku kedua, kenaikan terkecil sejak suku ketiga 2021 dan di bawah ramalan pasaran 1.0%.
Kadar tahunan pula menunjukkan CPI perlahan kepada 6% daripada 7% dan juga meleset daripada jangkaan 6.2%.
Sementara pada bulan Jun, inflasi menepati jangkaan dengan meningkat kepada 5.4% daripada 5.6% yang dicatatkan bulan sebelumnya.
Penurunan ini sememangnya dinantikan Gabenor Philip Lowe yang berkata bank pusat itu akan kepada data selepas menaikkan kadar faedah sebanyak 12 kali dalam tempoh 15 bulan lalu.
Ini mungkin dapat mengurangkan sedikit tekanan buat RBA daripada terus menaikkan kadar faedah.
Pun begitu, penganalisis berpendapatan bahawa data ini akan memberi bank pusat itu sedikit masa lagi untuk mengekalkan kadar faedah di tahap yang lebih tinggi.
Kadar inflasi semasa juga sebenarnya masih jauh lagi daripada julat sasaran RBA 2-3% yang pada masa ini diunjurkan akan kembali ke sasaran menjelang pertengahan 2025.
Reaksi mata wang menunjukkan dolar Aussie menjunam susulan terbitan data ini dengan didagangkan 0.4% lebih rendah pada 0.6763 berbanding USD.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.