Harga emas kembali stabil pada awal dagangan Jumaat selepas mencatatkan penyusutan pada sesi terdahulu berikutan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang lebih kukuh.
Ketika penulisan, spot emas didagangkan sedikit meningkat pada sekitar harga $1,972 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,974 per auns.
Terdahulu, selepas memaparkan lonjakan pada sesi Asia, logam kuning itu kembali merosot rendah ketika sesi New York.
Ini susulan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang lebih baik daripada dijangkakan telah menyokong dagangan US dolar untuk bangkit semula dari paras terendahnya.
Bukan itu sahaja, hasil perbendaharaan AS 10 tahun turut memaparkan kenaikan untuk berada di tahap lebih tinggi pada 3.84% pada sesi Asia hari ini.
Susulan data itu juga, pelabur kembali melihat kemungkinan Federal Reserve (Fed) akan terus menaikkan kadar selepas kenaikan 25 mata asas yang dijangkakan secara meluas pada minggu depan semakin tinggi selepas terbit data tersebut.
Pelabur kini memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar FOMC yang akan berlangsung pada minggu depan dan kenyataan susulan daripada Pengerusi Jerome Powell.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.