US dolar bergerak mendatar ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Ekonomi AS dijangka akan menambah sebanyak 169,000 pekerjaan pada bulan Ogos, sedikit berkurangan daripada 187,000 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Sementara kadar pengangguran pula diunjurkan kekal tidak berubah pada 3.5% seperti mana yang direkodkan pada Julai.
Menyusuli NFP, data PMI pembuatan tinjauan ISM pula akan diterbitkan yang bakal menjadi indikator kepada tahap kesihatan ekonomi AS seterusnya.
Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan 103.55 pada sesi Eropah.
Selain data daripada Amerika, pelabur juga bakal diperlihatkan dengan laporan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kanada untuk bulan Jun, yang pastinya akan mencetuskan pergerakan drastik dalam dolar loonie.
Buat masa ini, pengukuhan dalam harga minyak mentah membantu mata wang itu untuk didagangkan lebih kuat berbanding US dolar.
Beralih ke pergerakan mata wang lain, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan mendatar walaupun selepas China dilaporkan meningkatkan sokongan untuk merangsang ekonominya.
Sementara itu, mata wang euro dan pound tidak banyak berubah, dengan harga dilihat sedikit meningkat menjelang data NFP AS malam ini.
Dalam pada itu, yen mencapai paras tertinggi mingguan di bawah 145.50, dipengaruhi oleh hasil bon AS 10 tahun yang merosot tahap terlemah dua minggu.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.