Terima kasih kepada data ADP Amerika Syarikat, US dolar terus mendapat sokongan untuk mendaki lebih jauh ke paras ketinggian baharu berbanding mata wang utama.
Pertambahan pekerjaan dalam sektor swasta di AS tanpa dijangka meningkat sebanyak 324,000 pada bulan Julai, melebihi jangkaan untuk bertambah hanya 189,000.
Namun demikian, angka yang dicatatkan merosot daripada bacaan sebelumnya yang disemak semula sebanyak 455,000 pada bulan Jun.
Angka yang lebih baik daripada jangkaan itu secara tidak langsung meningkatkan jangkaan untuk bacaan yang lebih kukuh dalam laporan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat nanti.
Sebelum itu, pelabur akan terlebih dahulu memberi tumpuan kepada keluaran data tuntutan pengangguran mingguan dan tinjauan ISM untuk sektor perkhidmatan di AS pada sesi New York hari ini.
Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan pada paras terkuat empat minggu pada 102.60 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Selain itu, keputusan dasar Bank of England (BOE) akan menjadi fokus pasaran hari ini, menyaksikan pound kecundang ke paras terendah baharu tiga minggu menjelang mesyuarat tersebut.
Mata wang euro juga ‘gugur’ lebih jauh ke paras terlemah baharu empat minggu berbanding dolar greenback yang lebih kuat.
Di sisi lain, dolar Aussie terus menyusut ke paras terendah sejak awal Jun, dan dolar New Zealand pula paling lemah dalam sebulan berbanding US dolar.
Turut terkesan dengan pengukuhan greenback, dolar Kanada yang susut ke paras terendah empat minggu di tengah-tengah dagangan minyak mentah yang juga merosot.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.