Carta pasangan mata wang GBP/USD mengekalkan corak penurunan harga sehingga penutup dagangan penghujung minggu lalu.
Pada Jumaat, penurunan harian dicatatkan sekitar 100 pips ekoran pengukuhan berterusan US dolar memberi tekanan terhadap Pound yang kekal suram.
Selain kekal jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan polisi, bacaan data perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat turut menambahkan faktor pengukuhan buat US dolar.
Penurunan harga yang melepasi paras 1.20000 telah menjejak ke paras sokongan 1.19400, namun tidak berjaya menyambung penurunan lebih rendah.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/dominasi-usd-benam-matawang-utama#t=0:00
Menyambung dagangan pembukaan awal minggu ini, harga berlegar perlahan di sekitar 1.19500, namun kekal menunjukkan pergerakan pada trend bearish yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam carta GBP/USD tersebut.
Penurunan lebih lanjut dijangka akan diteruskan lagi menuju pula ke sekitar 1.19000 untuk catatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Jika corak penurunan berterusan minggu ini, harga boleh mencecah hingga ke sasaran zon 1.18000.
Namun, pelabur tidak boleh menolak kebarangkalian untuk lonjakan harga berlaku semula.
Petanda awal akan terlihat jika harga membuat kenaikan menguji halangan MA50 dan zon 1.20000.
Melepasi rintangan berikut akan memberi isyarat perubahan trend bakal bermula dengan kenaikan awal boleh menuju ke sekitar 1.21000.
Seterusnya, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan sekiranya terdapat faktor yang lebih menyokong pengukuhan Pound berbanding US dolar dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG