Penganalisis mempertaruhkan jangkaan awal bahawa perkembangan positif perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) akan menyokong pengukuhan mata wang US dolar dalam pasaran.
Namun masih belum jelas diperlihatkan pergerakan harga yang perlahan untuk beberapa sesi terawal di pembukaan pasaran awal minggu ini.
Pasaran juga dilihat baru ‘memanaskan badan’ pada hari ini (Selasa) berikutan kebanyakan bank-bank yang ditutup semalam.
Memantau pergerakan pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga mendatar sepanjang Isnin semalam berlegar di zon 0.65500 dengan cubaan untuk harga melepasinya adalah gagal.
Pelabur bersedia untuk menyaksikan harga membuat kenaikan selepas isyarat bullish awal dengan harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD tersebut.
Namun situasi sedikit berubah apabila harga susut semula di bawah paras MA50 tersebut di sesi Asia pagi ini.
Namun, harga masih bertahan di atas paras 0.65000 yang turut menjadi zon sokongan harga pada dagangan penghujung minggu lalu.
Jika tepat ramalan penganalisis untuk pengukuhan US dolar, harga dijangka akan menjunam lebih rendah minggu ini untuk catatan paras terendah yang baru.
Sasaran adalah untuk menuju hingga sekitar 0.63700 untuk rekod terendah terbaru 6 bulan.
Namun jika berlaku sebaliknya iaitu US dolar mengalami penyusutan yang ketara, harga bakal melonjak di atas zon 0.65500 semula dan bersedia untuk melambung lebih tinggi.
Zon RBS (resistance become support) 0.66400 akan menjadi tumpuan untuk diuji sebelum kenaikan diteruskan menuju pula rintangan pada 0.67000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG