“Pelabur okay tak semalam? Nasib baik BTC jatuh sekejap je.”
Bacaan data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) semalam yang melihatkan kadar inflasi lebih tinggi daripada jangkaan menyebabkan pergerakan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) tergelincir pada paras $21,600 namun meningkat semula pada $22,300.
Rentetan itu, kebanyakan pelabur membuat spekulasi bahawa BTC bakal melepasi $25,000 dalam jangka masa pendek.
Walaupun pasaran kripto menyaksikan momentum positif selepas data CPI, situasi boleh bertukar sebaliknya jika Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) masih bertindak agresif terhadap industri aset digital.
Berbalik kepada penerangan data CPI, inflasi lonjak 6.4% pada Januari berbanding jangkaan pasaran sebanyak 6.2% tetapi ia masih bacaan terendah untuk 7 bulan, di mana bulan sebelumnya pada 6.5%.
Suka dimaklumkan bahawa data inflasi tersebut tetap memberi keterujaan kepada komuniti kripto susulan mereka yakin BTC berpotensi mendaki lebih tinggi pada masa hadapan.
Hal ini kerana pasaran kripto pada bulan lepas menyaksikan pergerakan harga turun naik selepas terbitan data CPI, namun berjaya meningkat secara besar-besaran pada hari seterusnya.
Setakat penulisan ini, harga BTC raih sebanyak 2% berlegar pada paras $22,132 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran sekitar $427 bilion.