Sesi Asia pada pagi Selasa semalam dikejutkan dengan berita berkenaan campur tangan bank pusat Jepun dalam pasaran bertujuan memberi sokongan kepada mata wang negara mereka.
Bank of Japan (BOJ) sekali lagi melakukan kaedah yang sama setelah melakukannya pada Oktober tahun lalu yang menyaksikan pergerakan drastik harga berlaku ketika nilai Yen mencapai rekod terendah sejak 1990 berbanding US dolar.
Tindakan tersebut hadir menyusuli kesan lonjakan US dolar selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu lalu yang mengukuhkan raja mata wang itu.
Walaupun kesan yang dilihat tidak begitu ketara, namun Yen dilihat memaparkan sedikit peningkatan semula ketika dagangan US dolar bercampur berikutan reaksi pasaran terhadap ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell awal pagi tadi.
Meneliti carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga yang mencapai ketinggian sekitar 132.900 pada awal minggu, mula pamerkan corak penurunan pada Selasa semalam.
Penurunan harga mencecah sekitar 130.500 pada sesi New York semalam sebelum harga mendatar di atas zon tersebut bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).
Isyarat bearish dihadam pelabur apabila harga mula bergerak turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk harga menuju ke sekitar 129.300 sebelum menguji zon sokongan harga minggu lalu pada 128.300.
Sebaliknya, jika harga memaparkan lonjakan semula, rintangan awal yang bakal diuji adalah pada 132.00 dan harga juga perlu melepasi halangan MA50 untuk petunjuk perubahan trend.
Lanjutan kenaikan yang diteruskan bakal mengatasi ketinggian yang dicatatkan di awal minggu sebelum harga ke paras lebih tinggi menuju pula sekitar 133.800 atau zon rintangan pada 135.00.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG