Mata wang Euro terus manfaatkan kelebihan untuk mengukuh susulan US dolar alami penyusutan berterusan sehingga dagangan sesi New York semalam.
Turut diterbitkan semalam adalah data inflasi pengeluar Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan angka terendah sejak Ogos 2020, mengiringi terbitan inflasi pengguna pada Rabu lalu.
Trend penurunan inflasi di AS itu menguatkan jangkaan bahawa fasa pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed) hampir di penghujung, dan jangkaan kenaikan kadar faedah berkurang kepada satu kali sahaja lagi untuk tahun ini.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mengekalkan pergerakan trend bullish minggu ini dengan kenaikan diteruskan semalam mencapai paras tertinggi terbaru sejak Mac 2022 lalu.
Setelah harga berjaya berada di atas paras 1.10000 sebelum ini, kenaikan telah diteruskan hingga menembusi paras sasaran 1.12000 di sesi New York semalam.
Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Jumaat ini di atas zon 1.12000 tersebut.
Kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, harga boleh menyasarkan ke paras yang lebih tinggi lagi ke paras 1.13000 atau 1.14000.
Namun, pelabur turut berwaspada untuk risiko perubahan arah harga ketika kebiasaan dagangan di sesi-sesi terakhir minggu tersebut.
Sekiranya harga susut semula di bawah 1.12000, penurunan lebih rendah boleh berlaku untuk harga kembali menguji sokongan MA50.
Zon 1.107000 hingga 1.10000 dilihat akan menjadi antara sasaran harga yang sebelum ini merupakan zon tumpuan.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG