“Hmm agaknya harga SOL sekarang akan meneruskan kenaikan ke atau bergerak mendatar pula?”
Setelah sekian lama menghadapi kejatuhan, harga mata wang Cardano (ADA) tampaknya berjaya mendaki sehingga $0.37 yang merupakan paras tertinggi berbilang bulan pernah dicapainya pada awal Jun 2023.
Sungguhpun terdapat konsistensi Input Output Global (IOG) iaitu syarikat induk protokol dalam memacu aktiviti pembangun ekosistemnya, harga ADA tetap menyaksikan penurunan ke $0.26 pada 13 Julai 2023 diikuti $0.24 pada akhir Oktober.
Namun, kenaikan besar-besaran ADA kini telah tercetus apabila para pelabur runcit dan whales berganding bahu untuk meningkatkan harganya seterusnya menyebabkan jumlah dagangannya mencanak 24.75%.
Menerusi pemerhatian, ADA berpotensi untuk menguji semula $0.40 dan meneruskan kenaikan lebih tinggi sekiranya harganya dapat menembusi paras tersebut.
Suka dimaklumkan IOG dianggap sebagai pendorong untuk harga ADA mengukuh susulan dari awal tahun hingga kini, aset digital tersebut telah mengalu-alukan satu siri produk dan perkhidmatan baharu bagi bantu memperkukuh kefungsian operasi blockchain.
Antara produk dilancarkannya adalah DJED stablecoin algoritma, kontrak pintar dipanggil Mithril dan Lace Wallet dan ADA juga telah memperoleh pengiktirafan untuk jadi blockchain dengan usaha pembangun terbaik.
Setakat penulisan ini, harga ADA melonjak sebanyak 4.27% pada paras $0.38 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $12 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 19.15% sepanjang minggu lepas.