Mungkinkah bakal berlaku pergerakan drastik harga pada minggu ini, perubahan arah harga bakal dipamerkan pada carta-carta utama?
Pelabur kini sedang menantikan kesan perkembangan isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) terhadap pasaran kewangan di awal minggu, namun berkemungkinan kesan yang lebih jelas sedikit lambat berikutan bank-bank masih ditutup pada Isnin.
Pada Ahad, dilaporkan perjanjian siling hutang berjaya dicapai oleh pihak White House dan Republik dengan had limit hutang tidak ditetapkan sehingga Januari 2025.
Sebelum ini US dolar sebagai mata wang safe-haven mengukuh disebabkan kebimbangan pasaran jika persetujuan gagal dicapai dan AS berdepan situasi ‘default’.
Jadi adakah selepas tercapainya persetujuan tersebut, US dolar akan bergerak lemah atau kekal kukuh dengan jangkaan ekonomi AS akan terselamat dari krisis?
Seperti pergerakan pada carta pasangan mata wang USD/JPY, adakah trend bullish yang dikekalkan sebelum ini boleh berubah?
Sehingga ke penghujung minggu lalu, harga yang meneruskan pendakian telah mencapai paras 140.700 untuk rekod tertinggi sejak November 2022 yang lalu.
Corak bullish tersebut masih belum dipecahkan lagi dengan harga juga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Sekiranya harga terus mengekalkan kenaikan pada minggu ini, sasaran seterusnya untuk dicapai adalah pada zon 142.00 untuk terus memburu rekod ketinggian yang baru.
Namun, waspada jika situasi sudah mula berubah menyaksikan harga mula menjunam dan memberi isyarat untuk perubahan trend.
Jika harga turut di bawah sokongan MA50, paras 139.300 pula akan cuba untuk ditembusi sebelum memaparkan pergerakan bearish harga yang lebih jelas.
Penurunan bakal dilanjutkan menuju ke zon 137.00 dan boleh diteruskan lagi ke paras lebih rendah jika US dolar ketara melemah dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG