Seperti yang dijangkakan, pergerakan harga rancak semalam khususnya pada sesi New York yang disulami dengan beberapa data penting melibatkan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Bacaan data tuntutan faedah pengangguran AS (unemployment claims) serta pembukaan tawaran pekerjaan JOLTS menunjukkan bacaan kurang memuaskan.
Namun, data yang lebih utama menyaksikan pertambahan pekerjaan sektor swasta AS (ADP) melonjak tinggi kepada 497,000 pada Jun memberi isyarat awal yang positif buat data pekerjaan NFP yang akan menjadi tumpuan pula hari ini (Jumaat).
Selain itu, data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS juga tampil dengan angka yang meningkat mengatasi ramalan menunjukkan pengembangan positif untuk sektor penting tersebut.
US dolar semalam menunjukkan pergerakan drastik dengan turun naik harga pada julat yang besar dengan kesan yang berbeza berbanding beberapa mata wang utama termasuk juga komoditi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/pasaran-rancak-sebab-data-as
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, julat pergerakan harian sekitar 60 pips dicatatkan dengan pergerakan aktif harga diperlihat pada sesi New York.
Sejak di sesi Eropah, US dolar bergerak lemah menunjukkan peningkatan harga berlaku dari paras 1.08340 mencapai ketinggian 1.09000.
Namun pengukuhan semula di sesi New York menyaksikan harga ditekan turun semula ke paras terendah asalnya sebelum itu.
Namun, penurunan dilihat tidak dilanjutkan apabila harga melantun naik semula menutup dagangan penghujung sesi di sekitar 1.08870.
Harga yang bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat bahawa masih sukar untuk harga melanjutkan penurunan lebih rendah.
Debaran pelabur kini menantikan pula laporan pekerjaan NFP AS sebagai penutup tirai dagangan minggu ini dengan jangkaan pergerakan agresif harga bakal dipamerkan.
Sekiranya harga melonjak melepasi zon 1.09000, kenaikan harga boleh diteruskan sehingga mencapai sasaran 1.10000.
Harga juga berpotensi catatkan paras ketinggian terbaru 9 minggu jika ketinggian tersebut berjaya diatasi.
Namun jika harga menjunam di bawah sokongan MA50, harga berkemungkinan melepasi paras dicecah semalam sebelum menuju ke paras terendah terbaru lagi minggu ini.
Zon 1.08000 menjadi tumpuan utama untuk diuji dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut untuk petunjuk pergerakan harga selanjutnya.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG