Dagangan komoditi minyak mentah bercampur pada hari ini berikutan reaksi pasaran terhadap data China yang diterbitkan menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lemah untuk suku terakhir 2022.
Ini memudarkan prospek permintaan terhadap emas hitam itu dan akan turut mempengaruhi pergerakan bagi mata wang dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak.
Dolar Kanada juga dilihat akan dipacu oleh terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Kanada pada sesi New York malam ini yang akan diberi tumpuan oleh bank pusat.
Penurunan kadar inflasi boleh mendorong Bank of Canada (BOC) untuk meneruskan langkah memperlahankan pengetatan dasar monetari sekaligus menambahkan tekanan terhadap mata wang Loonie dalam pasaran.
Jika diperhatikan pergerakan harga di carta pasangan mata wang USD/CAD, harga mendatar sejak minggu lalu bersambung ke minggu ini selepas kejatuhan di bawah zon 1.35000 sebelum ini.
Harga pada hari ini perlahan mendatar di zon 1.34000 dengan pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas bagi arah harga selanjutnya.
Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) menjadi isyarat awal pergerakan trend bullish, namun masih awal untuk dinilai pelabur.
Sekiranya lonjakan berlaku, harga dilihat akan menguji rintangan pada zon SBR (support become resistance) pada 1.35000.
Jika berjaya dilepasi, harga akan menyambung kenaikan lebih tinggi menuju pula zon ketinggian pada 1.36600 yang telah dicapai pada awal Januari lalu.
Namun sekiranya berlaku terjunan harga pula, penurunan akan terarah ke zon sokongan pada 1.33000 yang hampir dicecah minggu lalu.
Penurunan lebih rendah akan catatkan paras terendah terbaru 9 minggu dengan zon tumpuan seterusnya adalah pada 1.32000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG