Data pekerjaan JOLT jatuh di bawah paras 10 juta pada bulan Februari untuk kali pertama dalam hampir dua tahun, sebagai tanda bahawa usaha Rizab Persekutuan untuk memperlahankan pasaran buruh mungkin mempunyai sedikit kesan.
Jawatan sedia ada berjumlah 9.93 juta, susut 632,000 daripada jumlah yang disemak ke bawah pada Januari, berdasarkan laporan Jabatan Buruh.
Fed telah menyasarkan pasaran buruh berkurangan dalam usahanya untuk menurunkan inflasi, yang telah berjalan pada paras tertinggi 41 tahun pada musim panas 2022. Bank pusat telah menaikkan kadar faedah penanda aras sembilan kali sejak Mac 2022.
Sebelum data Februari, pembukaan pekerjaan telah mengatasi jumlah pekerja yang ada hampir 2 berbanding 1. Angka terkini menjadikan nisbah itu turun kepada kurang daripada 1.7 berbanding 1.
Hasil perbendaharaan jatuh berikutan data ini kerana data boleh membantu menghalang Fed daripada kenaikan kadar selanjutnya. Saham bergerak lebih rendah. Walaupun angka itu ketinggalan sebulan ke belakang, Fed memerhatikan data JOLTS dengan teliti untuk tanda-tanda perkembangan dalam pasaran buruh.
Harga emas melonjak tinggi dengan peningkata sebanyak 1.78% kepada paras dagangan 2019.20.