- Pertambahan besar dalam pekerjaan Kanada
- Kadar pengangguran merosot
- Jangkaan kenaikan 25 mata asas kadar BOC
Ekonomi Kanada mencatat pertambahan pekerjaan yang besar pada bulan Disember dan kadar pengangguran pula tanpa dijangka merosot.
Pengukuhan ini telah membantu dolar Kanada untuk didagangkan lebih kuat berbanding US dolar yang turut diperlihatkan dengan terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.
Ketika penulisan, dolar loonie didagangkan 0.3% lebih tinggi pada sekitar harga 1.3403 berbanding greenback.
Mencerap data yang dikeluarkan Statistik Kanada pada Jumaat, pertambahan pekerjaan sebanyak 104,000 telah direkodkan, jauh melebihi jangkaan untuk kenaikan hanya 5,500 dan melonjak dari 10,100 pekerjaan pada November.
Kadar pengangguran pula mengejutkan pasaran dengan menurun kepada 5% daripada catatan 5.1% sebelumnya.
BOC, yang telah menaikkan kadar sebanyak 400 mata asas dalam tempoh 9 bulan kepada 4.25%, berkata keputusan dasar selanjutnya akan lebih bergantung pada data yang masuk.
Pun begitu, bacaan data PMI tinjauan Ivey pula menunjukkan aktiviti ekonomi Kanada menguncup ketara pada Disember kepada 33.4 daripada 51.4, tahap terendah sejak November.
Pasaran kini meletakkan jangkaan untuk peningkatan sebanyak 25 mata asas lagi dalam kadar faedah pada mesyuarat polisi yang dijadualkan bulan ini.